Catatan
Justo rasa berbaloi dipenjara dengan terdedahnya skandal 1MDB
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kita tidak membuat sebarang urus janji dengan penjenayah, kata Dr M
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kes bekas menteri didakwa mencabul: Muhyiddin serah pada polis
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Mukhriz jawab Nazri, 'buat apa nak sertai pembangkang?'
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
JHO LOW, MAHONEY ‘DALANG PENIPUAN 1MDB-PETROSAUDI’
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
AHLI perniagaan dalam pelarian Low Taek Jho dan bekas pengarah Petro Saudi Patrick Mahoney merupakan dalang di sebalik penipuan 1Malaysia Development Bhd-Petro Saudi, kata pemberi maklumat warga Switzerland, Xavier Andre Justo. “Untuk menjadikan penipuan itu berlaku, kamu memerlukan orang untuk menciptanya. Kamu perlukan minda penjenayah. Untuk membuatkan urusan antara 1MDB-Petro Saudi berlaku, mereka perlukan Jho Low dan Patrick Mahoney untuk merangka perjanjian kerana mereka tahu bagaimana menggunakan syarikat luar pesisir dan ruang yang ada. “Mereka berdua adalah dalangnya,” kata Justo hari ini pada Persidangan Anti Rasuah 2018 yang diadakan di Kuala Lumpur. “Selepas itu, kamu ada orang yang mempunyai wang seperti Najib (Razak) dan isterinya dan Tarek Obaid (ahli perniagaan dari Timur Tengah),” katanya. Mengenai keberadaan Low, Justo berkata beliau sendiri tidak tahu. “Saya tidak tahu di mana beliau berada, tetapi beliau ak...
MALAYSIA AMBIL TINDAKAN UNDANG-UNDANG TERHADAP PEMBAYARAN HUTANG 1MDB-IPIC
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
MALAYSIA hari ini mengemukakan permohonan di Mahkamah Tinggi London untuk mengenepikan bayaran sehingga AS$5.78 bilion (RM24 bilion) kepada Abu Dhabi fund International Petroleum Investment Company (IPIC). Di bawah syarat persetujuan yang dicapai dengan IPIC pada tahun lalu berhubung pertikaian hutang 1Malaysia Development Bhd (1MDB), kerajaan perlu membayar jumlah tersebut kepada syarikat Abu Dhabi itu dalam tempoh lima tahun. Peguam Negara Tommy Thomas dalam kenyataannya hari ini berkata, Malaysia akan mengambil tindakan undang-undang terhadap perjanjian dengan IPIC itu, memandangkan “persetujuan itu dicapai secara penipuan atau bertentangan dengan dasar awam”. IPIC memperoleh timbang tara di London untuk tuntutan sebanyak AS$6.5 juta selepas 1MDB gagal mematuhi perjanjian pada 2016. Mengikut syarat pembayaran semula yang dipersetujui pada Mei tahun lalu, 1MDB dan Kementerian Kewangan akan menanggung semua bayaran pokok dan faedah hutang kepada ...
Ahli Parlimen, gadis dalam kereta untuk berbual, kata polis Perlis
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
GEORGE TOWN: Polis hari ini mendedahkan senario sebalik dakwaan seorang gadis mengatakan seorang ahli Parlimen menyentuh secara tidak wajar, menyebabkan dia membuat laporan polis di Kangar, Perlis 2 minggu lalu. Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata gadis berusia 15 tahun itu seorang penyanyi dalam kumpulan busker. Dia sedang berlatih bersama rakan-rakan sekolah di kawasan sebuah stadium. Pada 20 Oktober kira-kira 11.30 malam, ahli Parlimen itu meminta gadis itu bertemunya dalam kenderaan Toyota Harrier berdekatan tempat latihan diadakan “untuk berbual”. Guru yang menjalankan latihan membawanya ke kenderaan itu dan pembantu Ahli Parlimen itu membawanya memasuki kereta di bahagian tempat duduk wakil rakyat itu. Ahli Parlimen itu agak lama menaja pasukan busker sekolah itu, kata Mushar. Polis berkata ahli Parlimen dan gadis itu bersendirian dalam kereta itu. Menurut laporan gadis itu kepada polis, Mushar berkata wakil rakyat itu tiba-tiba meny...
RM2.6B BUKAN DERMA.....KANTOI LAGI...!!
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
KUALA LUMPUR, 30 Okt ― Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mendapati dakwaan RM2.6 bilion yang diterima Datuk Seri Najib Razak daripada Arab Saudi bukanlah derma. Suruhanjaya itu mendapat maklumat sahih selepas pertemuan dengan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) dan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat, kata ketua pengarah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC) Tan Sri Abu Kassim Mohamed. JIKA mahkamah memutuskan Najib sabit kesalahan pada dakwaan RM2.6 bilion itu kelak, adakah K'jaan Arab Saudi telah menipu ??! Sama2 kita nantikan perjalanan mahkamah nanti..
MAGIC SHOW POLITIK MALAYSIA BARU....
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Ketika sepupu Hishammuddin, Najib Razak ditahan pasportnya dilarang cabut ke luar negara dahulu seterusnya didakwa atas dakwaan tuduhan rasuah, pengubahan wang haram dan salah guna kuasa, tiba2 nak 'offer' diri ke luar negara kononnya nak cari Jho Low ??! HA.. HA.. HA.. ingat rakyat & k'jaan skrg bodoh ka tak leh baca taktik ko !!! Ka tak sabo nak tunggu SPRM hantar 'surat jemputan' nanti..
Pemilihan PKR di Sabah mungkin secara 'offline'
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PKR membuat persediaan rapi bagi menghadapi kemungkinan menjalankan proses 'e-undi’ secara ' offline ' (luar talian) bagi pemilihan di Sabah untuk mengelak masalah kehilangan data undi berulang. Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Dr Adzman Hedra berkata JPP sedang mempersiapkan keperluan bagi pemilihan yang akan berlangsung pada Sabtu dan Ahad ini jika talian Internet terganggu termasuk mewujudkan 'storan salinan' ( duplicate storage ). "Kita telah menghantar pasukan untuk meninjau persiapan termasuk capaian Internet di setiap pusat yang akan digunakan sebagai lokasi pemilihan, jika capaian Internet membolehkan, kita akan laksanakan seperti biasa (dalam talian), tetapi kita telah bersedia dengan pelan sokongan," katanya ketika dihubungi Bernama. Adzman mengakui JPP menghadapi cabaran besar bagi memastikan pemilihan di negeri bawah bayu itu berjalan lancar tanpa insiden tidak diingini kerana kebanyakan pusat pe...
Penjawat Awam harus beri kesetiaan tidak berbelah bahagi, kata KSN
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Anggota perkhidmatan awam harus berpegang pada prinsip taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada negara, Yang di-Pertuan Agong dan kerajaan yang memerintah, kata Ketua Setiausaha Negara Datuk Seri Dr Ismail Bakar. Beliau berkata anggota perkhidmatan awam memikul satu tanggungjawab besar dalam memastikan bahawa segala urusan kerajaan adalah berpandukan ‘rule of law’ dan amanah serta kewajipan ditunaikan dengan penuh taat setia. “Dalam apa jua tugas yang dilaksanakan, adalah penting melaksanakannya dengan penuh taat, beramanah dan berintegriti serta jangan sesekali mengutamakan kepentingan diri sendiri atau kepentingan pihak-pihak tertentu. “Pastikan semua urusan kerajaan berjalan atas prinsip pemisahan kuasa dan ini bermakna segala tindakan atau keputusan yang diambil haruslah berpandukan peraturan yang telah digubal,” katanya ketika berucap pada istiadat penganugerahan Diploma Pascasiswazah Pengurusan Awam (DPA) dan Felo Intan di sini hari ini. Ismail b...
Siapa Husam nak persoal MPKK? sembang Mohd Amar
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah mempersoalkan kredibiliti ahli Dewan Negara Senator Datuk Husam Musa yang sebelum ini bercakap mengenai keanggotaan jawatankuasa Majlis Pembangunan Komuniti Kampung (MPKK). Menurut beliau, isu MPKK sudah diselesaikan hasil perbincangan kerajaan negeri dan Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Rina Harun. "MPKK ini sudah lama diselesaikan. Cuma kita minta tukar nama sikit, kita (mahu) guna Majlis Penghulu Mukim (MPN), kita minta kebenaran sebab kita sudah lama rancang. "Datuk Husam siapa? Dia atas kapasiti apa? Cuma senator, dia dengan kita tiada apa-apa. "Kita hanya ambil keputusan mesyuarat dengan menteri. Rina serah kepada kerajaan negeri untuk buat pemilihan pelantikan," katanya kepada media selepas Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) sesi pagi, di Kota Bharu, hari ini. Mohd Amar yang juga ADUN Panchor berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Husam b...
BEBAS RASUAH BARU BOLEH MASUK PH – ANWAR
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
KUALA LUMPUR – PH tidak akan sewenang-wenangnya menerima kemasukan ahli Parlimen Umno yang dikatakan melompat parti ke dalam Bersatu. Ketua Umum PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH akan berbincang dan meneliti status ahli Parlimen Umno agar betul-betul bebas daripada sebarang tindakan undang-undang oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Menurut beliau, merujuk kenyataan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, PH akan berunding mengenai perkara ini dalam Majlis Presiden PH. “Seperti yang Dr Mahathir sebut, kita (PH) akan teliti. Kita akan tengok biar bebas (rasuah) dulu dan bincang bersama,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen, hari ini. Anwar yang juga Presiden PKR juga mengakui tidak adil buat pengundi yang memilih PH kemudian menerima masuk ahli-ahli Parlimen daripada Umno yang melompat. “Betul sebab itu kita harus teliti dan pertimbangkan tapi ini negara demokrasi. “Saya rasa ini adalah opsyen, tetapi saya r...
PEMUDA UMNO KECEWA PENJELASAN ZAHID TAK JUJUR
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
PEMUDA Umno mendesak Ahmad Zahid Hamidi direhatkan kerana kecewa dengan “tidak jujur” daripada presiden Umno itu berhubung kes mahkamah yang beliau hadapi, kata sumber. Sumber ketika ditemui berkata, Ketua Pemuda Umno Malaysia Asyraf Wajdi Dusuki memberikan penjelasan terperinci dan rasional dalam pemukiman Pemuda Umno Ahad lalu berhubung keputusan sayap parti itu. Kata sumber, Asyraf memaklumkan beliau mengadakan pertemuan dengan Zahid bagi mendapatkan penjelasan mengenai pendakwaan yang dihadapi sebelum dihadapkan ke mahkamah pada 19 November lalu. Bagaimanapun kata sumber, selepas meneliti semua pertuduhan ke atas Zahid, Asyraf memaklumkan penjelasan yang diberikan oleh Zahid sebelum ini berbeza dan tidak menyeluruh dengan pertuduhan yang dikenakan terhadap presiden Umno itu. Susulan itu kata sumber, Asyraf bertemu peguam termasuk ketua-ketua Pemuda Umno negeri bagi membincangkan berkenaan kes berkenaan dan mendapatkan pandangan sebelum dibawa ke...
‘Kalau tak beli Bijan, Hermes, - pendidikan percuma boleh kita kecapi’ - Dr Maszlee Malik
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik terus berbalas sindiran mengenai isu pendidikan percuma di negara ini. Jika semalam, Najib menempelak Maszlee, hari ini giliran pemimpin BERSATU itu pula membalasnya. "Kalau kita tak guna duit rakyat untuk membeli Bijan, beg tangan Hermes dan segala cincin berlian kepada isteri dan keluarga, pendidikan percuma hari ini boleh kita kecapi," kata Maszlee dalam satu hantaran di Facebook. Beliau juga mendakwa RM42 bilion yang 'ditelan' 1MDB yang diilhamkan Najib itu boleh menampung kos pendidikan percuma berkualiti dari peringkat tadika hingga universiti ijazah pertama beserta makanan dan pengangkutan percuma kepada semua pelajar selama empat tahun. "RM2.6 bilion boleh selesaikan isu sekolah daif di Sabah dan Sarawak dan boleh selesaikan masalah bekalan elektrik di sekolah-sekolah pedalaman,” katanya. Najib semalam menyindir Maszlee yang menyif...
Pinda Laporan: Bukan masa saya, sembang Hasan Arifin
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Bekas pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Datuk Seri Hasan Arifin berkata dakwaan laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah dipinda tidak berlaku semasa zamanya. Malah, kata Hasan yang ditemui pemberita di lobi parlimen hari ini, dirinya tidak tahu menahu tentang pendedahan yang dibuat Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) Wong Kah Woh di Dewan Rakyat, semalam. “Oh itu (dakwaan timbalan pengerusi PAC), ia bukan masa saya dan saya pun tak tahu apa yang sebenarnya yang dimaksudkan oleh timbalan pengerusi PAC. “Setahu saya apa yang dibentangkan kelmarin itulah yang kita dapat,” katanya. Wong semalam memberitahu Dewan Rakyat bahawa laporan Jabatan Audit Negara berkenaan 1MDB telah diubah. Beliau membuat dakwaan itu ketika perbahasan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia ke-11 (KSP RMK-11) hari ini. Menurut Wong, beberapa agensi penguatkuasaan seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Bank Negara da...
Hubungan Pas Umno kini sampai ke akar umbi
- Dapatkan pautan
- X
- E-mel
- Apl Lain
Kerjasama antara Pas dengan Umno kini bergerak ke akar umbi pula dengan majlis kunjung mengunjung berlaku antara kepimpinan kedua-dua parti peringkat kawasan selepas mendapat isyarat di peringkat pusat. Pada 27 Oktober 2018, jam 11.00 pagi, perjumpaan mahabbah antara kepimpinan Umno Bahagian Pasir Salak bersama Pas Kawasan Pasir Salak berlaku di kediaman Ahli Parlimen kawasan berkenaan, di Kampong Gajah. “Beberapa inisiatif telah dicadangkan bagi memulakan kerjasama politik antara Umno dan Pas bagi memastikan kesucian agama Islam dan bangsa Melayu. “Satu perkembangan positif bagi warga Pasir Salak,” lapor Umno Pasir Salak melalui facebook mereka hari ini. Dalam majlis itu, Ketua Umno Bahagian Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman berpelukan dengan Yang Dipertua Pas Pasir Salak. Turut serta dalam kunjungan itu adalah para pemimpin Muslimat Pas Kawasan bertemu dengan para pemimpin Wanita Umno Bahagian. Pemimpin Muslimat Pas kawasan bertemu dengan Wanita U...